Generasi Keenam (70 Series, 1984-kini) Toyota Land Cruiser

70 Series
Maklumat
Juga dikenali
  • Toyota Machito (Venezuela)
  • Zo Reken (Haiti)
Pengeluaran1984–sekarang
Pemasangan
Stail badan
Reka letakMesin depan, penggerak roda belakang / 4WD
Enjin
Penghantaran5-speed manual
Jarak roda
  • 2,310 mm (90.9 in)
  • 2,600 mm (102.4 in)
  • 2,730 mm (107.5 in)
  • 2,980 mm (117.3 in)
  • 3,180 mm (125.2 in)
Panjang4,995 mm (196.7 in)
Lebar1,870 mm (73.6 in)
Tinggi2,070 mm (81.5 in)
  • 1984 - Land Cruiser 70 Series diperkenalkan menggantikan Land Cruiser 40. Jualan dalam pelbagai model di antaranya soft-top, hard-top, FRP top, utility, cab-casis, dan Troop Carrier (kerusi belakang berhadap-hadapan atau face-to-face ). Mesin bensinnya diganti dengan enjin baru 4.0L 3F. Ada pula varian 70 Light yang menggunakan penggantungan koil pegas (coil spring) supaya lebih selesa untuk dipandu. Mesin lain juga tersedia dengan kod 22R 2.4-litre petrol, 2L dan 2L-T (turbo) 2.4-litre enjin diesel yang biasanya dipakai di Toyota Hilux. Land Cruiser 70 Light dijual di beberapa negara dengan nama Bundera atau Landcruiser II, dan merupakan generasi pertama Land Cruiser Prado. 70 Prado menjadi terkenal ketika menjadi seri 90. Sebuah transmisi automatik (A440F) juga turut disediakan, menjadikan kereta ini adalah kereta Jepun 4x4 pertama yang menggunakan transmisi automatik.
  • 1990 - Sebuah mesin diesel baru 5 silinder SOHC (1PZ), dan 6 segaris (1 HZ).
  • 1993 hingga 1996 - Mesin diesel KZ 3.0L menggantikan LJ di Eropah.
  • 1993 - Mesin baru 4.5L 6 silinder petrol 1FZ-FE diperkenalkan.
  • 1999 -. Penggantungan belakang diperbaiki sehingga menambah keselesaan. Drivetrain juga diperbaiki.
  • 2002 - HDJ79 diperkenalkan di Asutralia dengan mesin 1HD-FTE 4.2L 6 silinder 24-valve turbodiesel EFI.
  • 2007 - Diperkenalkan enjin diesel baru V8, 1VD-FTV di beberapa negara.

Land Cruiser 70 series masih dijual di Australia (Wagon, 'Troop Carrier' 2 pintu dan cab-casis 2 pintu) dan Indonesia (hanya Troop Carrier sahaja).